62. Shawl Majlis Akad Nikah

Minggu ni aku asyik ulang alik ke Jalan TAR je mencari barang-barang kahwin. Disebabkan tunang aku kerja petang dan malam, so tak dapatlah dia teman aku mencari barang. Aku pergi sana naik LRT je. Penat gila.

Ok ok, aku dah penat mencari tudung untuk akad nikah. Planning nya nak tudung bawal warna kelabu cair gila-gila macam warna sampin tunang. Tapi jenuh mencari tak jumpa-jumpa. Last-last sekali, aku beli satu shawl kelabu dan satu halfmoon kelabu. Tak sure lagi nak pakai yang mana.

shawl nikah, shawl kelabu, grey shawl, shawl halfmoon, shawl labuh

Shawl kelabu. Besar jugak shawl ni. Time mencari shawl kat Jalan TAR, semua jenis yang warna depan lain belakang lain, dual layer, uni tone. Fuh, memang tak berkenan lah nak buat tudung nikah. Bawal pulak warna kelabu pekat. Jauh beza warna dengan sampin tunang.

shawl nikah, shawl kelabu, grey shawl, shawl halfmoon, shawl labuh

Ni beza warna shawl kelabu yang aku beli dengan sampin nikah tunang aku.

shawl nikah, shawl kelabu, grey shawl, shawl halfmoon, shawl labuh

Yang ni pulak halfmoon yang aku rasa warna dia lagi ok dari shawl kat atas. Tapi yang tak best nya, halfmoon ni aku rasa macam pendek pulak. Nampak macam besar tapi aku test tak berapa nak tutup dada. 😦

shawl nikah, shawl kelabu, grey shawl, shawl halfmoon, shawl labuh

Ni pulak beza warna halfmoon dengan sampin nikah tunang aku.

Agak-agak yang mana satu lagi sesuai untuk pakai waktu nikah nanti? Shawl biasa besar sikit tapi warna gelap sikit atau shawl halfmoon yang kecik sikit tapi warna paling dekat nak sama dengan sampin nikah tunang aku? Hmmm, kompius.

Advertisements