46. Official Cinematographer – Bonk Production

Ehem. Secara rasminya aku nak cakap aku dah dapat krew cinematography untuk majlis akad nikah aku nanti. Yippie yeay!! Heee. Setelah kecewa tak dapat PelangiPutih Films, akhirnya aku dapat pengganti dieorang. Aku pernah cerita pasal pasal vendor yang aku hire ni dulu. Kalau nak bace pergi dekat sini Bonk Production.

videographer, wedding video, bonk production, video

Sabtu lepas aku dengan tunang pergi jumpa owner Bonk Production ni dekat KFC Seksyen 7 Shah Alam. Tengok-tengok terindu pulak dekat UiTM. Blerghhhh~ Hahahaha. Dieorang ni based in Shah Alam so sesapa yang nak jumpa dieorang, go ahead make an appointment. Bincang apa yang patut dan book dieorang kalau berminat. Tapi date 18 Oktober 2013 aku dah kebas. Sorry 😀

Waktu jumpa tu, owner die perkenalkan diri sebagai Hanis dan die seorang lelaki dan aku dah macam “Hanis?” Hahahha. Aku tahu ada videographer dia nama Hanis dan aku bajet la die perempuan, konon-konon senang sikit bila nak ambil video waktu bersolek. Takde lah segan sangat. Sekali, Hanis ni lelaki. Layan kan je la.

Memandangkan aku dengan tunang ni sangat lah pemalu nya, awal-awal jumpa dengan Hanis, kiteorang blur nak cakap apa. Tapi, nasib baik Hanis ni pun senang nak mesra so takdak la kekok sangat. Lama-lama makin banyak pulak aku dengan tunang tanya itu tanya ini. Sebelum tu, korang usha video dulu kejap.

So, kiteorang pun bincang lah pasal pakej – Aku ambil Pakej Pearl, murah sikit – RM1800 dengan 2 videographer untuk satu event. Boleh tahan lah harga dia. Tahap aku masih mampu. Sikit. Kiteorang bincang sekali konsep video yang macam mana kiteorang nak. Aku pun ceyh, hak pengguna lah kate kan. Terus cakap nak macam ni, tak mau macam tu, make sure ada ni. Semangat tak semangat tak? :p Aku siap kata “Nak macam PelangiPutih!” Hmmm, agak-agak dieorang kecik hati tak. Sorry Hanis~ kekekeke.

So, bila aku dengan tunang dah confident dieorang boleh deliver dengan baik, kiteorang pun ok lah, set! Confirm ambil die. Setel pasal cinematography. Hopefully dapat hasil yang cantik dan menyayat jiwa raga ku. Tunggu dapat hasil nanti baru aku review sama ada Bonk Production worth to be recommended ke tak. So, tunggu aku kahwin bulan 10 and review hasil bulan 11 atau 12. Tapi, kalau rasa tak leh nak tunggu, pergi je usha Facebook dan Vimeo dieorang.

Facebook: Bonk Production

Vimeo: Bonk Production

Advertisements

37. Bonk Production – Cinematography

Oi korang, puasa ke tidak tu? Hehehehe. Hari ni aku happy sikit sebab aku jumpa satu cinematographer yang boleh tahan cantiknya dan harga pun boleh tahan aku boleh terima. Sebelum tu, cuba usha jap video diaorang. Simple jek tapi cantik. Dah nak setanding dengan PelangiPutih dah. *Tak habis-habis dengan PelangiPutih*

Cantik kan? Kan? Kan? Baik korang cakap cantik. Penat aku merendahkan sikit taste aku ni tahu? Hahahha. Anyway kalau korang nak tahu pakej dieorang, boleh usha kat bawah.

BASIC PACKAGES

Ruby package (MYR 1000)
–          1 event cover (solemnization,reception,birthday party,family day,).

–          Cover by 1 videographer.

–          Covering hours: 5 hours.

–          1 highlight video (duration:3 – 5 minit).

–          2 DVD’s with case and design.

–          BONK PRODUCTION bag.

–          thumbdrive.

Pearl package(MYR 1800)
–          1 event cover (solemnization / reception ).

–          Cover by 2 videographers.

–          2-3 dslr camera system,konova slider,glidscam hd2000 ( Equipments for shooting).

–          Covering hours: 8 hours.

–          Including simpleoutdoor/indoor.

–          1 event highlight video (duration: 3 – 5 minutes).

–          RAW materials (original files) will return by DVD.

–          2 DVD’s with case and design.

–          BONK PRODUCTION bag.

–          thumbdrive.

Emerald package(MYR 3000)
–          2  events cover (solemnization & reception for one side).

–          Cover by 2  or 3 videographers.

–          Covering hours: 8 hours/events.

–          Including simple outdoor/indoor.

–          2-3 dslr camera system,konova slider,glidecam hd2000 ( Equipments for shooting).

–          2 event highlights videos (duration:3-5 minutes).

–          RAW materials (original files) will return by DVD.

–          2 DVD’s with case and design.

–          BONK PRODUCTION bag.

–          thumbdrive.

Ada je pakej lain dalam quotation yang dia bagi tapi aku tak letak lah kat sini sebab harga dia mahal sikit. Kalau korang nak tawu pakej-pakej yang lain tu, korang boleh mintak dekat dieorang terus or boleh je tinggalkan email korang dekat bawah. Nanti aku emailkan pada korang. Papehal pun, korang boleh usha dulu BONK Production:

Facebook: BONK Production

Vimeo: BONK Production

34. iMoments Videography – Cinematography

Hello girls (and boys). Malam ni aku nak kongsi dengan korang sebuah lagi produksi untuk juruvideo perkahwinan yang lebih harga mampu milik. Tak semahal PelangiPutih. Tapi kualiti hasil kerja dieorang semakin cantik dari satu video ke video yang terbaru. Wedding Cinematographer yang aku maksudkan tu adalah iMoments Videography.

videography, videographer, wedding cinematography, imoments videographer

 

Kalau ikutkan tunang aku, dia kata selain daripada PelangiPutih, most cinematographer di Malaysia ni menggunakan template video yang sama. Mesti ada fokus baju, fokus cincin, fokus kasut lepas tu movement kalau tak kiri, ke kanan. Macam tu je. Video awal-awal iMoments Videography ni mostly macam tu tapi lately aku tengok banyak improvement pada hasil kerja dieorang danh yeah, aku suka tengok. Ape kate korang tengok video iMoments Videography dekat bawah ni dan komen, ok ke hasil kerja dieorang?

 

So, atas dasar nak tahu pakej dieorang, aku pun mintak lah quotation dan here’s what I get.

Full One Event Package: RM2500 (Single Event)
3-6 minutes highlight reel with music
3-5 minutes best wishes from family and friend
3-5 minutes interview with bride and groom
30 edited coverage footage
2 cinematographer
Professional colour grading
2 copies of compressed DVD video of all highlights (playable on DVD player)
2 copies of uncompressed DVD data of all highlights (playable on PC only)

Custom designed DVD cover and overlay

footages in high definition (HD) quality
All raw footages are available on request

On top of this, rm200 transportation charge from kl-pekan is applied.

Accommodation shall be provided by client.

Well, pakej dia kadar mampu milik tak agak-agak korang? 2 videographer for only RM2500 tu. Woah woah woah. Meleleh air liur. Kalau rasa kadar mampu milik dan korang berminat, go usha dieorang dekat sini:

Facebook: iMoments Videography

Vimeo: iMoments Videography

Website: iMoments Videography

Have fun godek-godek! 😀