46. Official Cinematographer – Bonk Production

Ehem. Secara rasminya aku nak cakap aku dah dapat krew cinematography untuk majlis akad nikah aku nanti. Yippie yeay!! Heee. Setelah kecewa tak dapat PelangiPutih Films, akhirnya aku dapat pengganti dieorang. Aku pernah cerita pasal pasal vendor yang aku hire ni dulu. Kalau nak bace pergi dekat sini Bonk Production.

videographer, wedding video, bonk production, video

Sabtu lepas aku dengan tunang pergi jumpa owner Bonk Production ni dekat KFC Seksyen 7 Shah Alam. Tengok-tengok terindu pulak dekat UiTM. Blerghhhh~ Hahahaha. Dieorang ni based in Shah Alam so sesapa yang nak jumpa dieorang, go ahead make an appointment. Bincang apa yang patut dan book dieorang kalau berminat. Tapi date 18 Oktober 2013 aku dah kebas. Sorry 😀

Waktu jumpa tu, owner die perkenalkan diri sebagai Hanis dan die seorang lelaki dan aku dah macam “Hanis?” Hahahha. Aku tahu ada videographer dia nama Hanis dan aku bajet la die perempuan, konon-konon senang sikit bila nak ambil video waktu bersolek. Takde lah segan sangat. Sekali, Hanis ni lelaki. Layan kan je la.

Memandangkan aku dengan tunang ni sangat lah pemalu nya, awal-awal jumpa dengan Hanis, kiteorang blur nak cakap apa. Tapi, nasib baik Hanis ni pun senang nak mesra so takdak la kekok sangat. Lama-lama makin banyak pulak aku dengan tunang tanya itu tanya ini. Sebelum tu, korang usha video dulu kejap.

So, kiteorang pun bincang lah pasal pakej – Aku ambil Pakej Pearl, murah sikit – RM1800 dengan 2 videographer untuk satu event. Boleh tahan lah harga dia. Tahap aku masih mampu. Sikit. Kiteorang bincang sekali konsep video yang macam mana kiteorang nak. Aku pun ceyh, hak pengguna lah kate kan. Terus cakap nak macam ni, tak mau macam tu, make sure ada ni. Semangat tak semangat tak? :p Aku siap kata “Nak macam PelangiPutih!” Hmmm, agak-agak dieorang kecik hati tak. Sorry Hanis~ kekekeke.

So, bila aku dengan tunang dah confident dieorang boleh deliver dengan baik, kiteorang pun ok lah, set! Confirm ambil die. Setel pasal cinematography. Hopefully dapat hasil yang cantik dan menyayat jiwa raga ku. Tunggu dapat hasil nanti baru aku review sama ada Bonk Production worth to be recommended ke tak. So, tunggu aku kahwin bulan 10 and review hasil bulan 11 atau 12. Tapi, kalau rasa tak leh nak tunggu, pergi je usha Facebook dan Vimeo dieorang.

Facebook: Bonk Production

Vimeo: Bonk Production

Advertisements

37. Bonk Production – Cinematography

Oi korang, puasa ke tidak tu? Hehehehe. Hari ni aku happy sikit sebab aku jumpa satu cinematographer yang boleh tahan cantiknya dan harga pun boleh tahan aku boleh terima. Sebelum tu, cuba usha jap video diaorang. Simple jek tapi cantik. Dah nak setanding dengan PelangiPutih dah. *Tak habis-habis dengan PelangiPutih*

Cantik kan? Kan? Kan? Baik korang cakap cantik. Penat aku merendahkan sikit taste aku ni tahu? Hahahha. Anyway kalau korang nak tahu pakej dieorang, boleh usha kat bawah.

BASIC PACKAGES

Ruby package (MYR 1000)
–          1 event cover (solemnization,reception,birthday party,family day,).

–          Cover by 1 videographer.

–          Covering hours: 5 hours.

–          1 highlight video (duration:3 – 5 minit).

–          2 DVD’s with case and design.

–          BONK PRODUCTION bag.

–          thumbdrive.

Pearl package(MYR 1800)
–          1 event cover (solemnization / reception ).

–          Cover by 2 videographers.

–          2-3 dslr camera system,konova slider,glidscam hd2000 ( Equipments for shooting).

–          Covering hours: 8 hours.

–          Including simpleoutdoor/indoor.

–          1 event highlight video (duration: 3 – 5 minutes).

–          RAW materials (original files) will return by DVD.

–          2 DVD’s with case and design.

–          BONK PRODUCTION bag.

–          thumbdrive.

Emerald package(MYR 3000)
–          2  events cover (solemnization & reception for one side).

–          Cover by 2  or 3 videographers.

–          Covering hours: 8 hours/events.

–          Including simple outdoor/indoor.

–          2-3 dslr camera system,konova slider,glidecam hd2000 ( Equipments for shooting).

–          2 event highlights videos (duration:3-5 minutes).

–          RAW materials (original files) will return by DVD.

–          2 DVD’s with case and design.

–          BONK PRODUCTION bag.

–          thumbdrive.

Ada je pakej lain dalam quotation yang dia bagi tapi aku tak letak lah kat sini sebab harga dia mahal sikit. Kalau korang nak tawu pakej-pakej yang lain tu, korang boleh mintak dekat dieorang terus or boleh je tinggalkan email korang dekat bawah. Nanti aku emailkan pada korang. Papehal pun, korang boleh usha dulu BONK Production:

Facebook: BONK Production

Vimeo: BONK Production

24. HoraHorey Filmmaker – Cinematography

Dah tengok wedding video kat atas? Kalau belum, cube tengok kejap. Kalau dah tengok, ape opinion korang pasal mutu video yang dieorang buat ni? Oh, by the way, yang buat video ni name nye HoraHorey Filmmaker. Menarik? Beremosi? Lagu dan video kene ke tak?

Ok lah, ni aku ak bagitawu aku punye opinion untuk kerja dieorang ni. Aku dah tengok separuh daripada video wedding yang dieorang buat. Dan kesemua separuh yang aku tengok tu adalah yang latest ones, bukan lama-lama punye video. Bagi aku, dieorang punye kualiti video:

  • Pemilihan lagu
    • Ada lagu-lagu yang dieorang pilih sedap dan ade jugak lagu-lagu yang tak best. Tang lagu aku tak sure sama ada dieorang HoraHorey yang pilih ataupun pilihan customer. Kalau ikutkan quotation, lagu atas pilihan customer.
  • Kesinambungan antara video dan lagu
    • Kebanyakan video dieorang aku tengok, lagu tak kena dengan video. So, nampak macam spoil gile.
  • Emosi
    • Aku tak dapat rasa emosi yang nak ditonjolkan pada hari perkahwinan tu. Feeling sedih, feeling happy, feeling terharu. Semue tu tak berape nak rase kalau tengok video dieorang.
  • Pemilihan moment
    • Ape yang aku observe dieorang punye video ni, kadang-kadang suke ambil moment yang tak penting. Moment-moment yang aku rase tak perlu dalam video kahwin customer pun ada. Orang lalu lalang menyemak, orang potong sayur?? Adoi.
  • Sound effect
    • Sedikit spoil jugak tang sound dalam video tu. Kadang-kadang ade scene dalam video tu, dieorang buat sound effect orang bercakap yang tak penting, yang tak dek special effect pun dalam penceritaan video.
  • Sound track
    • Dalam banyak-banyak video yang aku tengok, ade satu video tu awal-awal okay je, tapi bile dah hujung-hujung 3/4 daripada video, tibe-tibe volume naik then turun semule. And I was like, whaaaattt???? I don’t like it.
  • Repeated scene
    • Hah, kantoi dekat satu video (aku tak ingat dah video mane satu) dieorang gune scene yang same, ulang 2 kali. Why oh why. This is so wrong. Ini bukan filem hindustan nak flashback 2 3 kali. Duhhh~
  • Tak konsisten
    • Ade satu video, dieorang capture waktu sarung cincin. Sekejap fokus dekat tangan, sekejap fokus dekat muke lepas tu fokus balik dekat tangan. Why? Why? Serabut sangat.

HoraHorey Filmmaker

Itu lah serba sedikit pendapat aku pasal hasil kerja dieorang ni. Mungkin sebab aku dah awal-awal nampak hasil kerja PelangiPutih Film yang gile best tu, so standard yang aku letak sangat tinggi. Aku tak kate aku tak kan ambil HoraHorey Filmmaker untuk jadi videographer aku kalau dah sesak sangat, tapi I would leave them as the last choice. Aku ade mintak quotation daripada dieorang, so this is what I get.

Price: RM2500

– 1 Professional Videographer
– 2 days 2 Event
– If for Engagement/ Solemnization Shooting coverage – max 5 hours (include FREE make up Shooting and FREE 30 minutes – outdoor same day)
If for Reception Shooting Coverage – max 7 hours (include FREE make up Shooting and FREE 30 minutes – outdoor
same day)
– All Professional DSLR Video equipments
● Slider
● Monopod
● Tripod
● Audio recorder
– No video amendments/change of song in this package Output
● 2 edited highlights video
● Video duration – (3-5 minutes)
● Data file .mov
● How to get the highlight video and the raw file? – Come to our studio and copy the video using pen drive /hardisk /laptop/note book
FREE – All Raw Files/Video Source files
FREE – Song Selection(You MUST email us before your wedding day)
FREE – Transportation fee

Additional Charges
Add 1 professional videographer = RM800
Add 1 time video amendments/change song = RM700
Add 1 DVD Copy(DVD play format) = RM250
Add 2 DVD Copies = RM350
* If you want our standard wedding package please let us know. We will send it to you.

 

So, kalau korang maca berminat dengan HoraHorey Filmmaker, boleh mintak quotation dengan dieorang sebab dekat aku walaupun dieorang letak “FREE – Transportation fee” pada surat quotation, tapi dekat email aku dieorang ade tambah:

Extra charges for 1) transportation fee + toll  ( RM 344.00)

                                     2) 1 videographer (RM 800).

Oh, anyway, dieorang tengah ade promotion sekarang. 1 event untuk RM1299 (Solemnization/Reception/Engagement) dan RM1000 sahaja untuk Save The Date video. Jom check them out~

Facebook: HoraHorey Filmmaker

Vimeo: HoraHorey Filmmaker

YouTube: HoraHorey 

Website: HoraHorey Filmmaker