47. Official Photographer – AndaQ Photography

Ehem lagi. Hari ni aku nak cakap aku dah ada Official Photographer untuk akad nikah dan majlis sanding nanti. Photographer ni pun aku pernah cerita sebelum ni. Kalau nak bace entry pasal AndaQ Photography ni boleh usha kat sini -> AndaQ Photography.
photography, photographer, andaq photography, photo, wedding photo

Kalau semalam aku ada cerita aku jumpa Official Cinematographer – Bonk Production face to face nak bincang dulu baru kiteorang yakin nak ambil dieorang kan? Andaq ni memang gila-gila kentang aku dengan tunang ambil dia tanpa bincang gila-gila sebab dah jatuh hati gila-gila dengan hasil kerja dia. Nampak tak berape kali aku letak gila-gila tu? Nampak tak? Hahahaha. Andaq punya gambar cantik siot. Tak caye? Meh belanja sikit gambar-gambar Andaq ni sekejap.

photography, photographer, andaq photography, photo, wedding photo

photography, photographer, andaq photography, photo, wedding photo

2 keping dah la kot. Nak banyak-banyak pergi usha Facebook dengan website die sendiri. Kekekeke. Untuk review hasil dieorang, tunggu lepas aku kahwin nanti oke? Sementara tu korang pergi usha gambar-gambar superb die dekat sini:

Facebook: AndaQ Photography

Website: AndaQ Photography

Oh, nak bagitahu, Bonk Production dengan AndaQ Photography ni geng. So, kalau korang nak cari OP dengan OV yang senang nak kerjasama, cari lah dieorang. Aku add dieorang dalam Facebook, kepala sorang-sorang sewel. >.< Hopefully it’s gonna be awesome kerja dengan dieorang. 😉

Advertisements

36. Redhu Malek Photography

Bila bercakap tentang persiapan perkahwinan, nak nak lagi bagi pasangan yang memang jaga budget, budget tak banyak (macam aku dengan tunang), photographer mesti antara salah satu budget yang kite nak slashkan harga. Kalau boleh, nak dapatkan photographer yang semurah mungkin. Tapi, bila tengok semula, kebanyakan harga photog yang murah tu, hasilnya tak secantik yang kite nak, kan? Lepas tu, bila kite tengok balik gambar-gambar rasa rugi tak ambil yang mahal gambar cantik sebab nak murah punya pasal.

Jangan risau, hari ni aku nak kongsi dengan korang antara banyak-banyak photog kat Malaysia ni yang hasil dia ok lah dan harga pun memang berbaloi kalau tengok pda barang yang dia bagi. Nak tahu ke photog mane? Meh tengok logo dia.

redhu malek photography, wedding photography
Ni ha dia, Redhu Malek Photography. Time aku dengan tunang duk usha-usha photog dulu-dulu, waktu tak semangat beria sangat nak kawen lagi, tunang aku suka Redhu Malek ni. Tak tahu kenapa. Tengok-tengok kawan aku pun ada ambil Redhu Malek jadi Official Photog dieorang. Cantik jugak hasil gambarnya. Tapi, aku punya taste still pada… Hehehhe.. Andaq Photography. :p Tapi tu la, AndaQ mahal sikit so aku terpaksa dengan tak rela hati tolak Andaq jauh-jauh. Anyway, Redhu Malek pun ok jugak gambar dia. Jom usha pakej dia.

Untuk photography nikah dan sanding:
Solemnization & Wedding (Nikah + Sanding)
7-9 Hours Service (FREE Outdoor Session)
1 x Principal/Senior Photographer
1 x Exclusive Custom Album 10″ x 15″ – 20 pages
1 x DVD (All Digital Photos)
FREE 2 x 12RW
RM1600

Optional:
Additional Photographer : +RM200 (for Nikah), +RM400 (for Sanding/Tandang)
Pre-Wedding / Post Wedding / Outdoor Session : + RM200 per session
1 x Mockup Sticky Album 15″ x 10.5″ (inch) + 120 pcs 4R : + RM200
1 x Exclusive Custom Album 10” x 15” (inch) – 20 pages : + RM500

1 x Exclusive Custom Album 15” x 15” (inch) – 20 pages : + RM700

Oh lupa nak cakap, Redhu Malek pun ada buat Cinematography jugak kalau korang nak usha. Pakej dieorang offer macam kat bawah ni.

Untuk cinematography pula:
Solemnization & Wedding (Nikah + Sanding)
7-9 Hours Service (FREE Outdoor Session)
1 x DSLR Cinematographer
2 x Video Montage / Highlights (4 – 6 Minutes Duration)
DVD Movie + DVD Data
RM2000

Optional:
Additional Cinematographer: +RM200 (for Nikah), +RM400 (for Sanding/Tandang)
Additional Video Montage / Highlights : +RM400
Pre-Wedding / Post Wedding / Save The Date : + RM500 per session (Get 1 x Video Montage)
Same Day Editing (SDE) : +RM500

Ni pulak tambahan qoutation yang aku mintak. Untuk transportation dan accommodation.

Transportation fees:
KL to Pekan = 300KM x RM0.50 per KM x 2 (pergi dan balik) = RM300

Accomodation/hotel fees:
RM200 per night

redhu malek photography, wedding photographyNi aku belanja satu gambar dari Redhu Malek Photography. Nak banyak lagi gi usha sendiri dieorang dekat bawah ni. Have fun! 😀

Facebook: Redhu Malek Photography

Vimeo: Redhu Malek Photography

Website: Redhu Malek Photography

33. Andaq Photography – Photography

andaq photography, wedding photography, wedding, photographer,

andaq photography, wedding photography, wedding, photographer,

andaq photography, wedding photography, wedding, photographer,

Nah, belanja korang gambar-gambar wedding cantik sat. Semua ni aku ambil dari Facebook wedding Photographer yang aku akan review hari ini – Andaq Photography. Sekali pandang, aku terus jatuh cinta. Pada hasil kerjanya bukan pada tuan pengambil gambarnya. Hohoho. Eh eh sempat menggatal. >.<

Andaq Photography ni kalau tak salah aku, solo photographer with superb skill. Shooting skill and Photoshop skill. Gambar-gambar yang die hasilkan memang melelehlah air liur kalau tengok. Tapi kebanyakan gambar yang Andaq Photography letak dalam Facebook dan website dia ialah gambar outdoor dan gambar sebelum dan selepas akad nikah.

Ye, memang aku tak boleh cakap gambar dia tak cantik sebab memang hampir semua cantik. Tapi, gambar outdoor dengan gambar waktu akad nikah ni totally lain. Waktu outdoor, kita boleh kawal, nak suruh berhenti sekejap ke, photographer suruh kita senyum ke, suruh posing macam mana ke. Tapi waktu akad nikah, semua spontan, semua laju. Photographer kene pandai cari moment-moment yang sesuai untuk diabadikan. Ewah bahasa. Kata anak cikgu Sastera. :p

Ok kat bawah ni ada quotation yang aku mintak daripada dieorang. Korang cuba tengok dan kalau rasa harga tu berbaloi untuk korang punya budget, usha pulak hasil kerja dia.

2 Events (Solemnization + Bride Reception)

Package RM2699

  • 1x Photobook saiz 11×15 inch 80 pages
  • 1x frame + photo 16×24 inch
  • Free Outdoor Photoshoot
  • Unlimited shoot
  • DVD Softcopy

2 Events (Colemnization + Bride Reception)

Package RM2399

  • 1x Custom album size 10×12 inchi 20 pages
  • 1x frame + photo 16×24 inch
  • Free Outdoor Photoshoot
  • Unlimited shoot
  • DVD Softcopy

Charge perjalanan RM250 from KL-Pekan.

Penginapan perlu disediakan oleh pihak pengantin yang berdekatan dengan tempat event.

Cam mana? Cam mana? Ok ke harga dieorang dengan budget korang? Kalau rasa okay, jom serbu hasil kerja dia.

Facebook: AndaQ Photography

Website: AndaQ Photography