67. Veil Untuk Majlis Bersanding – Syarikat Bunga Reben

Hari semalam dah cerita aku beli net off white untuk nikah dengan majlis bertandang kan. Ha, untuk majlis bersanding pulak aku beli net lembut warna hitam sebab tema hitam putih la konon-konon nya.

veil, net. net untuk veil, veil hitam, hitam, sanding, net untuk veil sandin, hitam, net hitam, syarikat bunga reben

Net hitam ni aku beli tempat yang sama aku beli net off white semalam. Harga net hitam ni murah sikit sebab lebih keras dari net off white semalam. Net yang semalam tu dah tak ada warna hitam. Stock dah habis. Net hitam ni harga dia RM5.50 semeter. Aku beli satu meter jugak. Bila ukur pun sampai bawah punggung.
veil, net. net untuk veil, veil hitam, hitam, sanding, net untuk veil sandin, hitam, net hitam, syarikat bunga reben

So kalau korang nak beli net murah, boleh cari dekat Syarikat Bunga Reben. Memang berbaloi. 🙂 Recommended.

Advertisements

66. Net Untuk Veil Nikah – Syarikat Bunga Reben

Aku tengok veil kahwin orang jual dekat luar mahal sangat sampai beratus-ratus ringgit. Aku pun rasa seram nak beli sebab mahal sangat padahal nak pakai nya sekali je. Nak-nak lagi aku yang memang tak ambil baju dari bridal semua. So, aku buat keputusan untuk buat veil sendiri. Aku dah ada lace untuk baju dan berlebih lagi. Dan aku pun dah beli manik-manik untuk baju jugak. Extra pun boleh tampal dekat veil ni.

veil nikah, nikah. net veil, veil, net

So, aku pun beli lah net lembut. Net yang aku beli ni sangat-sangat lembut. Bila aku pegang kain dia, rasa macam nak tidur pakai net ni je. Hahahha. Warna net ni off white. Harga RM8.80 semeter.  Bidang 60. Aku beli 1 meter. Tapi akak yang jual tu, dia potong bagi aku extra. Bila aku try dekat badan, net dia meleret sampai bawah punggung. Suka 🙂

veil nikah, nikah. net veil, veil, net, net off white

Net ni kalau korang nak beli, boleh beli dekat Syarikat Bunga Reben. Bagi aku memang murah lah tempat ni. Net dia ada banyak jenis. Ada jenis net yang keras harga start around RM2.50 semeter dan ada yang lembut harga RM8.80 ke atas semeter. Kalau korang nak usha Syarikat Buna Reben, boleh pergi Jalan TAR or tengok facebook and website dieorang.

Facebook : Syarikat Bunga Reben

Website : Syarikat Bunga Reben

Veil ni aku nak pakai untuk nikah dengan majlis bertandang nanti. Recycle je. Jimat. Hohohohoho~ Jom ikut macam saya~~